Wednesday, March 23, 2011

Berus Gigi, Tuala,Botol jadi saksi

ades bla la isu ney nk abes erk?.. lama dh kot ..xmo ulas pnjang2 stg jdi kontrovesi x ke naya...=.=..meh tgk petikan ney...



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama ‘Cactus’ selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.
Beliau membuat keputusan itu berdasarkan keterangan pegawai penyiasat Supritendan Jude Pereira yang menyokong keterangan Supritendan Ahmad Taufik Abdullah selaku pegawai yang menahan Anwar pada waktu itu.
Ahmad Taufik dalam keterangannya sebelum ini berkata, dia telah memberitahu Anwar alasan penangkapan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pihak polis telah memperoleh waran tangkap terhadap Ketua Pembangkang berkenaan ketika penahanan itu dibuat.
“Merujuk kepada keterangan pegawai penyiasat (Jude) dan pegawai yang membuat tangkapan (Ahmad Taufik), penahanan itu sah mengikut undang-undang.
“Oleh itu, penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan secara salah dan mahkamah benarkan tiga barang tersebut ditanda sebagai bukti,” kata Hakim Mohamad Zabidin dalam prosiding yang hanya berjalan selama 10 minit.
Jude sebelum ini tidak memberi keterangan semasa prosiding bicara dalam bicara yang diadakan selama dua hari bermula pada 3 Mac lalu.

petikan dri kosmo

0 464 pengomen tegar !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@IZZATY HEDRY