Friday, April 8, 2011

Mangsa cendawan beracun maut

cendawan bkn sebarang cendawa... silap pilih cendawan bule bawk maut..
bhya jgak cendawa... seyes xmo mkn dah.. bahaya...;(
smpai msok icu ... 

meh tgk brita kt bawah ney...
-
-
-
-


ALOR SETAR - Seorang mangsa cendawan beracun, Boonma Gaeonin (gambar), 41, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira pukul 6.45 pagi semalam akibat kegagalan untuk bernafas disebabkan jangkitan pneumonia pada paru-paru.
Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazali memberitahu, kemungkinan besar Boonma, warga Thailand dijangkiti pneumonia ketika diserang sawan sebelum dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Jitra sebelum dipindahkan ke HSB.
"Mangsa meninggal dunia disebabkan sindrom gangguan pernafasan berpunca daripada jangkitan pneumonia," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, suami mangsa, Thongthi Poi, 50, juga warga Thailand yang memakan cendawan sama, telah sedarkan diri dan dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa.
"Thongthi kini stabil dan dia masih mendapat pemerhatian rapi daripada doktor," ujarnya.
Juita pada masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak mengutip dan makan cendawan yang tumbuh liar di kebun-kebun getah kerana dikhuatiri beracun dan boleh mengancam nyawa.
Sementara itu, penyelia tempat mangsa bekerja, Mansor Saad, 53, memberitahu, kawasan kebun getah milik Universiti Utara Malaysia di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, dekat sini banyak ditumbuhi cendawan liar.
Bagaimanapun katanya, cendawan liar yang dikutip dan dimasak pekerjanya itu disyaki beracun kerana ia mengeluarkan bau busuk dan akarnya yang pendek.
Tambah Mansor, beberapa pegawai Jabatan Kesihatan Kedah telah datang mengambil sampel cendawan yang didakwa beracun itu di kebun getah tersebut petang kelmarin.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri dimasukkan ke wad ICU selepas diserang sawan selepas memakan sejenis cendawan liar yang dikutip di kebun getah di Felda Bukit Tangga pada Rabu lalu.
Kedua-dua mangsa, Thongthi Poi dan isterinya, Boonma ditemui anak perempuannya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan air liur meleleh keluar dari mulut di ruang tamu rumahnya di Felda Bukit Tangga selepas sejam makan sup cendawan.
Pasangan suami isteri terbabit dan anaknya datang dari negara jiran sejak dua tahun lalu menyara hidup dengan mengambil upah menoreh getah di Felda Bukit Tangga.


sumber :- kosmo ... i peminat kosmo taw..:)


0 464 pengomen tegar !:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright@IZZATY HEDRY